Ramai rakyat Malaysia sudah sedia maklum negara kita kini diselubungi jerebu.. Bermula dari selatan tanah air sehinggalah ke utara tanah air.
jerebu jerebu jerebu~
haa, ni nak habaq mai jerebu tu actually
adalah suatu keadaan yang disebabkan oleh zarah2 halus yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar terampai di atmosfera dalam kepadatan tinggi.
|
sebahagian negeri yang diselubungi jerebu
IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan.
Indeks Pencemaran Udara,IPU diperolehi pengukuran habuk yg halu (10 mikron ke bawah) & beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan.
Golongan berisiko tinggi semasa Jerebu:
- Kanak-kanak
- Orang tua
- Asma
- Bronkitis
- Radang paru-paru
- Alahan
- Perokok
- Bekerja di luar pejabat/rumah
Kesan-kesan jerebu:
- Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
- Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
- Mata terasa pedih dan berair.
- Hidung berair dan kerap bersin.
- Kulit badan terasa gatal-gatal.
- Terasa sakit dada
~Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.
p/s : Ingat yaa kawan2, jaga diri anda tak kira dimana saja kerana kesihatanmu begitu berharga !
~SALAM SAYANG KESIHATAN DARI SAYA~
|
Jerebu oh jerebu. Fresh air please!
ReplyDelete